Monday, January 5, 2015

Syeikh Muhammad Daud Al Patani

Syeikh Muhammad Daud Al Patani

Ulama yang satu ini merupakan salah satu yang paling produktif. Banyak karya dan bidang keilmuan Islam yang dibahasanya. Syeikh Muhammad Daud Al Patani adalah salah satu ikon keilmuan Islam bagi masyarakat Melayu pada awalabad XIX.
Dikenal sebagai salah satu ulama Nusantara yang berpengaruh dan tonggak perkembangan tasawuf di Asia Tenggara.
Selain menulis fiqh dan tauhid, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, banyak juga tulisannya tentang ilmu tasawuf. Di antara penulisan beliau dalam ilmu ini antara lain Ilmu Tasawuf (1233 H/1817 M). Di dalamnya membahas peringkat tinggi (muntahi) atau disebut dalam zaman moden dengan tasawuf falsafi. Kemudian tercatat pula kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan merupakan terjemahan dan syarah karangan Abi Madyan, dan Minhajul ‘Abidin ila Jannati Rabbil ‘Alamin yang merupakan terjemahan karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Sebuah lagi tasawuf peringkat tinggi (muntahi) karya Sheikh Daud bin Abdullah al- Fathani yang khusus membahas rumus-rumus ahlish shufi pada konteks Martabat Tujuh, ialah: Manhalush Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis, tanpa dinyatakan tahun penulisan.

Walaupun Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid dapat diklasifikasikan ke dalam karya Ilmu Tauhid, namun juga dapat dimasukkan pada ilmu tasawuf. Sebabnya  kitab ini khusus membicarakan metode zikrullah menurut Thariqat Syathariyah. Selain kitab-kitab tasawuf yang berdiri sendirinya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga menulis ilmu itu pada bahagian halaman akhir kitab-kitab fiqhnya, ialah: Hidayatul Muta’allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, dan Fat-hul Mannan.
Karya-karyanya
Banyak sekali hasil buah pena Syeikh DAud Al Fatani. Hingga saat ini beberapa kitabnya masih dikaji dan dipakai dalam kegiatan belajar mengajar di berbagai tempat, khususnya di Asia Tenggara. Berikut adalah karya-karyanya:  Daud bin Abdullah al-Fathani bukan sahaja seorang ulama yang terkenal, tetapi juga seorang pengarang terulung di Asia Tenggara.
Bughyat al-Tullab, Al-Saidu wa al-Zabaih, Al-Bahjat al-Saniyat, Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar, Manhalush Shafi, Munyat al-MushalliBahjat al-Mardiyat, Hidayat al-Muta’allim. Adapun dalam kesusastraan Melayu karya-karyanya antara lain Kifayat al-Muhtaj fi Bayani Isra’wa al-Mi’raj, Tarikh Patani,  Maulud Nabi, tahun 8 Muharam 1230 H/1815 M, Saudagar Miskin, Al-Muswaddah, ‘Iqdat al-Jawahir, tahun 20 Safar 1245 H/1829 M, puisi nasihat yang dimuat dalam Jam’ul Fawaid, puisi terjemahan Matan Zubad yang dimuat dalam Fathul Mannan li Safwatiz Zubad, Hikayat Nabi Yunus, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Hikayat Hasan al-Asy’ari Berhujah Dengan Jubbai, dimuat dalam Ad-Durr ats-Tsamin dan Ward az-Zawahir.
Selain itu juga karangan yang tentang manakib seperti Manaqib Saiyidina Abu Bakar Shiddiq, dimuat dalam Fathul Mannan, Manaqib Saiyidina Umar al-Faruq, dimuat dalam Fathul Mannan, Manaqib Saiyidina Uthman bin Affan, dimuat dalam Fathul Mannan, Manaqib Saiyidina Ali bin Abi Thalib, dimuat dalam Fathul Mannan,  Manaqib Imam Hanafi, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan, Manaqib Imam Maliki, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan, Manaqib Imam Syafie, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Bughyat at-Tullab dan Fathul Mannan,,  Manaqib Imam Hanbali, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Fathul Mannan, Manaqib Junaid al-Baghdadi, dimuat dalam Ward az-Zawahir.
Ada juga dalam bentuk sejarah seperti, Sejarah Perang Badar, dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Sejarah Perang Uhud, dimuat dalam Ward az-Zawahir. Kemudian ada kisa atau cerita yaitu Kisah Nabi Adam dan Hawa Dalam Syurga dan Sebab Keluar Keduanya Dari Syurga, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Kisah Nabi Yusuf (a.s), dimuat dalam Jam’ul Fawaid, Kisah Nabi Sulaiman dan Balqis, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Membelah Bulan, dimuat dalam Ward az-Zawahir, Kisah Isra dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. dimuat dalam Ward az-Zawahir dan Jam’ul Fawaid.
Karya-karya beliau yang telah ditemui, sama ada berupa manuskrip mahupun yang bercetak. Diantaranya : Kifayat al-Muhtaj, Idah al-Bab, Nahju al-Raghibin I, Ghayat al-Taqrib, Bulugh al-Maram, Ghayat al-Maram, Al-Dur al-Thamin, Tuhfat al-Raghibin II, Nahju al-Raghibin II, Masauwaddah, Kasyful Ghummah, Jam’ul Fawaaid, Minhajul ‘Abidiin, Kanzul Minan, ‘Aqidat al-Jawahir, Fathul Mannan, Jawaahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, Furu’ul Masail, ditulis mulai tahun 1254 H, Bahjatul Mardhiyyah, Al-Bahjatul Wardhiyah, Matnu Hikam li al-’Allamah Ibni Ruslan (bahasa Arab), Al-Tanbih (bahasa Arab).
Kemudian tercatat juga kitab seperti Kaifiyat Salat Tarawih, Fawaidul Fikri Imamil Mahdi, Qismuz Zakati Bainal Asnaf, Risalah Syathariyah wa Samaniyah, Fatwa Berjual Beli dengan Kafir, Hukum Haid dan Istihadhah, Nubzah fi Bayan Syurutil Jumu’ah, Ta’liqul Latif, As-Shaidu waz Zabaaih, kandungannya perkara binatang yang halal dan haram menurut Mazhab Syafie,  Dhiyaaul Murid, ditulis sewaktu berkunjung rumah Sultan Muhammad Shafiuddin di Kampung Parit Dalam, Sambas, Indonesia, Sifat Dua Puluh, Terjemahan Bidayatul Hidayah, Bisyaratul Ikhwan, Kaifiyat Khatam al-Qur’an, Muzakaratul Ikhwaan, Risaalatus Saail, Kifayatul Mubtadi dan lain sebagainya.
Oleh: Nurul Huda

No comments:

Post a Comment